BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, September 16, 2009

PROGRAM TAMBAHAN MAKANAN SEIMBANG (PTMS) KEMAS P.189 SEMPORNA

12hb. September 2009

KEMAS P.189 Semporna mengadakan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) yang telah dirasmikan oleh Menteri KKLW Malaysia.. YB. Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal..


Program kami pada hari tu bermula pada jam 1.00 petang.. dimulakan dengan sesi pendaftaran untuk penerima-penerima bakul untuk 175 orang.. Yang mana mereka ini telah dipilih dan disenarai putih mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Terbahagi kepada 3 DUN iaitu DUN N.52 Sulabayan, N.53 Senallang dan Dun N.54 Bugaya.. Bermakna, untuk setiap DUN ada 58 orang penerima bakul...


Syukur alhamdulillah.. program hari tu berjalan dengan lancar dan ramailah juga tetamu-tetamu yang hadir.. Sambil-sambil mengadakan Program PTMS, kami juga sempat berbuka puasa bersama Menteri KKLW, Tetamu-tetamu VIP, Penerima Bakul, Wartawan-wartawan dari pelbagai rangkaian dan juga seluruh kakitangan KEMAS P.189 Semporna...

0 ulasan: