12hb. September 2009
KEMAS P.189 Semporna mengadakan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) yang telah dirasmikan oleh Menteri KKLW Malaysia.. YB. Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal..
Program kami pada hari tu bermula pada jam 1.00 petang.. dimulakan dengan sesi pendaftaran untuk penerima-penerima bakul untuk 175 orang.. Yang mana mereka ini telah dipilih dan disenarai putih mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Terbahagi kepada 3 DUN iaitu DUN N.52 Sulabayan, N.53 Senallang dan Dun N.54 Bugaya.. Bermakna, untuk setiap DUN ada 58 orang penerima bakul...
